← Back to list
Tiada keperluan suntuk anjing di luar kawasan jangkitan rabies
Jul 20, 2017
Tiada keperluan untuk pemilik anjing dan kucing di luar kawasan wabak rabies mendapatkan suntikan untuk haiwan mereka buat masa ini.
Jelas Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ini kerana situasi wabak ketika ini tidak berada pada tahap membimbangkan.
Ketika ini hanya Serian, Sarawak dan Kuala Sepetang, Perak diisytiharkan sebagai kawasan wabak penyakit anjing gila.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak pula telah melupuskan 48 ekor anjing dan suntik 132 ekor yang lain dengan vaksin.
Pihaknya juga menyifatkan kes di Kuala Sepetang adalah luar biasa kerana kawasan itu tidak berada di sempadan negara seperti Serian.
Justeru, jabatan itu sedang mencari punca bagaimana seekor anjing di kawasan tersebut boleh dikesan positif virus rabies.
Find out what's happening in the entertainment world today and don't miss out on the current scores of your favourite sport!
Make sure you tune in to PETRONAS News Update on MIX fm at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12pm
Weather