← Back to list
Serangan London : PDRM ambil langkah berjaga-jaga
Jun 05, 2017
PDRM terus berjaga-jaga ekoran peningkatan serangan ganas di beberapa negara, termasuk yang terbaru di London, Britain semalam.
Pasukan itu juga akan menaik taraf Unit Anti Keganasan-nya kepada bahagian bagi menggalas tanggungjawab lebih besar untuk cegah keganasan berlaku di negara ini.
Sementara itu, Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian serangan di London semalam yang meragut 10 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.
PM Britain, Theresa May pula mengarahkan pihak berkuasa negara itu merombak cara menangani keganasan.
Antara langkah yang disarankan adalah mengenakan tindakan keras ke atas pelampau dan menguatkuasakan peraturan internet yang lebih tegas.
Find out what's happening in the entertainment world today and don't miss out on the current scores of your favourite sport!
Make sure you tune in to PETRONAS News Update on MIX fm at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12pm
Weather