← Back to list
Perdana Menteri kutuk tindakan Korea Utara.
Mar 07, 2017
Perdana Menteri mengutuk tindakan Korea Utara kerana melarang rakyat Malaysia tinggalkan negara itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak gesa rakyat Malaysia dibenarkan pulang, kerana tindakan Pyongyang itu tidak mengikut undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.
Dalam pada itu, beliau arahkan Majlis Keselamatan Negara adakan mesyuarat tergempar berhubung tindakan Korea Utara tersebut.
Perdana Menteri juga arahkan Ketua Polis Negara untuk halang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada tinggalkan negara ini, sehingga keselamatan rakyat Malaysia disana terjamin.
Dalam perkembangan berkaitan, polis percaya tiga suspek warga Korea Utara yang terbabit dalam kes pembunuhan di klia2 masih bersembunyi di Kedutaan Korea Utara.
Ketua Polis Negara berkata jika suspek enggan menyerah diri, pihaknya akan guna alternatif lain terhadap mereka.
Find out what's happening in the entertainment world today and don't miss out on the current scores of your favourite sport!
Make sure you tune in to PETRONAS News Update on MIX fm at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12pm
Weather