← Back to list
Najib Dibebaskan dengan Ikat Jamin
Jul 04, 2018
Datuk Seri Najib dibebaskan dengan ikat jamin sebentar tadi, namun passport biasa dan diplomatiknya diserahkan kepada mahkamah.
Dengarkan podcast di sini:
Ini selepas beliau mengaku tidak bersalah atas 3 pertuduhan pecah amanah berkaitan dana SRC International dan satu pertuduhan menyalahguna jawatan sebagai PM dan Menteri Kewangan.
Datuk Seri Najib turut berharap kes perbicaraannya dikendalikan dengan adil.
Tarikh perbicaraan kes tersebut ditetapkan pada 18 Februari dan akan berlangsung selama 19 hari.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 8 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Tinggi perintahkan pengamal media tempatan dan antarabangsa agar tidak mempamerkan dokumen berkaitan kes Datuk Seri Najib Razak.

Namun Peguam Negara, Tommy Thomas tidak bersetuju dengan larangan itu kerana ia mengganggu kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Find out what's happening in the entertainment world today and don't miss out on the current scores of your favourite sport!
Make sure you tune in to PETRONAS News Update on MIX fm at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12pm
Weather